Saturday 8 October 2011

MAJLIS BACAAN YASIN DI RUMAH SETIAUSAHA MASJID

 Pada hari ini 8-Oktober-2011( 3-Zulkaedah-432H) jam 11 pagi Anak- anak kariah di jemput oleh Setiausaha Masjid( En Zainon Saidin) ini untuk majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena beliau akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.

Majlis di adakan di rumah ibu kandung beliau di Kampung Bayas ...Imam masjid ( Tuan Haji Othman Husin) telah diamanahkan untuk membaca doa diakhir bacaan Yasin tersebut. Jemputan agak ramai datang untuk sama-sama mendoakan akan kesihatan beliau semasa berada di Tanah suci Mekah..

Alhamdulillah ..kami semua di jamu dengan masakkan ala ala kampung ..masakan yang begitu sedap.

Marilah sama-sama kita doakan beliau sentiasa di bawah rahmat Allah dan diberi kesihatan yang sempura dan dikurniakan haji mabrur.

Alhamdulillah beliau di beritakan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 15-Oktober-2010.

No comments:

Post a Comment