Friday 7 October 2011

KULIAH ILMU PADA 27-SEPTEMBER-2011

Kuliah ini ini disampaikan oleh Ustaz Hifzi dalam kuliah bulanannya pada 27-Sept-2011 bersamaan 29-Syawal-1432H.

Beliau menyampaikan bahawa tentang sifat hati manusia yang senatiasa berbolak balik.Tentang baik dan juga melakukan maksiat. Dengan itu kita kena sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. agar kita senantiasa diberi kekuatan untuk beribadat kepada Allah s.w.t.


Ilmu itu akan hilang sekiranya kita tidak mengamalkannya. Sifat manusia yang tidak ambil berat dan buat sambil lewa. Ketidak seriusnya dalam memahami hak Allah selalunya berlaku pada manusia.Begitu juga dengan bacaan serta ilmu yang telah dihafal sukar untuk mengingatinya..

Beliau telah memberi  tips amalan berdoa agar kita tidak lupa..iaitu dengan membaca..ayat ke 6,Surah 87 bermaksud"(Wahai Muhammad!) Kami akan bacakan Al-Quran kepadamu,oleh itu,engkau tidak akan lupa. Dibaca 9 kali( gunabahasa Al-Quran) dan sapukan ubun-ubun serta niatkan agar Allah s.w.t. mantapkan ilmu yang ada pada kita.

Ilmu juga kena disampaikan dengan mengukur tarafnya khuatir ianya hanya akan sia-sia kerana tahap kefahaman. Ini akan menjadikan masa akan terbuang begitu saja sekiranya pendengar tidak faham .Begitu juga dengan ilmu yang hendak disampaikan dan diterima oleh murid-murid mestilah yang mencapai kemampuan akal.

No comments:

Post a Comment