Thursday 13 October 2011

FORUM ILMU PADA 13-OKT-2011


Dalam ceramah tersebut ahli-ahli panel sentiasa mengingatkan akan kisah hebat  di mana Nabi Allah Ibrahim di perintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya.Pengorbanan ini telah menjadi sejarah agung untuk kita meneliti dan menyelami maksud di sebalik peristiwa itu.

Apabila tiba pada umat masa  ini kita di perintah untuk melaksanakan ibadat korban dengan menggunakan binatang ternakan.Ini akan melibatkan pengorbanan wang ringgit untuk membeli binatang ternakan serta memproses daging tersebut untuk di korbankan agar orang -orang miskan dapat menikmati daging binatang ternakan.

Salah satu sudut pengorbanan ini yang ketara masa kini ialah pengorbanan wang,masa dan tenaga untuk memberi pendidikkan kepada anak-anak kita untuk menghadiri kursus-kursus motivasi atau mana-mana kursus untuk memantapkan kerohanian diri.

Pemantapan kerohanian ini dapat memdekatkan diri anak anak kita kepada Allah s.w.t. Ini akan memberi laluan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Secara tidak langsung ia akan memberi semangat kepada mereka agar-agar berlumba-lumba untuk membaca dan mentelaah buku agar mereka menambah ilmu pengetahuan memandangkan ianya adalah tuntutan agama kita..

Ia juga akan menghindar anak--anak kita  dari aktiviti maksiat ..Sepertimana yang kita tahu penglibatan anak-anak muda ini dalam aktiviti hayal hasil dari pengambilan najis dadah.

Sunday 9 October 2011

KULIAH ILMU DI AWAL HARI 12-ZULKAEDAH-1342(9-OKT-2011SELEPAS SOLAT MAGHRIB)






alhamdulillah..pengajian ini memberi manafaat kepada anak-anak kariah dengan beberapa ilmu yang perlu di kongsi bersama.


Ustaz yusoff(di gambar) menyampaikan bahawa sujud sajadah dan sujud tilawah serta sujud syukur hampir sama dengan perbezaan di mana ia dilaksanakan..Sujud sajadah di lakukan di dalam sembahyang dan sujud tilawah adalah di luar sembahyang.


Namun begitu pastikan kita menutup aurat dan suci dari hadas besar dan kecil.


Beliau menerangkan akan langkah-langkah melaksanakan sujud tilawah dan sujud syukur.  NIAT.......TAKBIR.....SUJUD....BANGUN ......BERI SALAM
NIAT.........(niat kenapa kita sujud dalam keadaan duduk macam antara dua sujud)
TAKBIR....tanpa qiam
SUJUD ....dengan bacaan sujud tilawah
BERI SALAM......

Ust Yusoff dalam pengajiannya memberitahu bahawa tafsiran dalam sujud salah satunya ialah akan kita menghadap wajah kita kepada Allah yang satu.

Saturday 8 October 2011

KEJADIAN ALAM PADA 8-OKT-2011(3-ZULKAEDAH-1432H)


















Disaat Bilal Masjid -Tuan Haji Ahmad Talib melaungkan azan Zohor ketika itu ada kejadian alam yakni MATAHARI yang berada di atas kita mengzahirkan satu bulatan besar ..Cahaya lingkaran mengeluarkan warna pelangi.


Inilah kuasa Allah yang tak dapat kita pertikaikan lagi. DIA berhak segalanya untuk menunjukkan kekuasaannya.Allah menjadikan Matahari untuk menyinari bumi yang kita namakan waktu siang dan saat mula hilang matahari dinamakan waktu Maghrib iaitu saat permulaan hari baru.


Walaupun apapun yang Allah tunjukkan pasti ada rahsianya yang tersembunyi..Hanya kita manusia selalunya akan membuat andaian kenapa ianya berlaku.

MAJLIS BACAAN YASIN DI RUMAH SETIAUSAHA MASJID

 Pada hari ini 8-Oktober-2011( 3-Zulkaedah-432H) jam 11 pagi Anak- anak kariah di jemput oleh Setiausaha Masjid( En Zainon Saidin) ini untuk majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena beliau akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini.

Majlis di adakan di rumah ibu kandung beliau di Kampung Bayas ...Imam masjid ( Tuan Haji Othman Husin) telah diamanahkan untuk membaca doa diakhir bacaan Yasin tersebut. Jemputan agak ramai datang untuk sama-sama mendoakan akan kesihatan beliau semasa berada di Tanah suci Mekah..

Alhamdulillah ..kami semua di jamu dengan masakkan ala ala kampung ..masakan yang begitu sedap.

Marilah sama-sama kita doakan beliau sentiasa di bawah rahmat Allah dan diberi kesihatan yang sempura dan dikurniakan haji mabrur.

Alhamdulillah beliau di beritakan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 15-Oktober-2010.

Friday 7 October 2011

KULIAH ILMU PADA 27-SEPTEMBER-2011

Kuliah ini ini disampaikan oleh Ustaz Hifzi dalam kuliah bulanannya pada 27-Sept-2011 bersamaan 29-Syawal-1432H.

Beliau menyampaikan bahawa tentang sifat hati manusia yang senatiasa berbolak balik.Tentang baik dan juga melakukan maksiat. Dengan itu kita kena sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. agar kita senantiasa diberi kekuatan untuk beribadat kepada Allah s.w.t.


Ilmu itu akan hilang sekiranya kita tidak mengamalkannya. Sifat manusia yang tidak ambil berat dan buat sambil lewa. Ketidak seriusnya dalam memahami hak Allah selalunya berlaku pada manusia.Begitu juga dengan bacaan serta ilmu yang telah dihafal sukar untuk mengingatinya..

Beliau telah memberi  tips amalan berdoa agar kita tidak lupa..iaitu dengan membaca..ayat ke 6,Surah 87 bermaksud"(Wahai Muhammad!) Kami akan bacakan Al-Quran kepadamu,oleh itu,engkau tidak akan lupa. Dibaca 9 kali( gunabahasa Al-Quran) dan sapukan ubun-ubun serta niatkan agar Allah s.w.t. mantapkan ilmu yang ada pada kita.

Ilmu juga kena disampaikan dengan mengukur tarafnya khuatir ianya hanya akan sia-sia kerana tahap kefahaman. Ini akan menjadikan masa akan terbuang begitu saja sekiranya pendengar tidak faham .Begitu juga dengan ilmu yang hendak disampaikan dan diterima oleh murid-murid mestilah yang mencapai kemampuan akal.